Sunday, January 3, 2010

SELEPAS KELIRU ISLAM HADHARI KELIRU ALLAH MASUK GEREJA PULA

Allah menamakan agama-Nya sebagai Islam. Nabi-nabi sejal Nabi Adam as sehinggalah Nabi Muhammad saw menerima agama Allah sebagai agama Islam. Sudah 1400 tahun umat Islam di seluruh dunia menerima agama mereka sebagai agama Islam. Tiba-tiba muncul agama Islam Hadhari di Malaysia. Umat Islam di seluruh dunia tertanya-tanya apakah muncul Mujtahid zaman ini di Malaysia yang berjaya mentafsir Quran dan Hadis sehingga menemui hakikat Islam adalah Islam Hadhari? Bermulalah tugas berat menerangkan maksud Islam Hadhari kepada umat Islam di Malaysia khususnya dan di lain-lain dunia Islam amnya. Berjuta-juta ringgit dibelanjakan untuk menerangkan maksudnya, belum lagi menghadharikan umat. Itupun sehingga sekarang definasi Islam Hadhari itu masih belum jelas dan nampaknya ia terkubur tanpa batu nesan.
Beratus-ratus tahun orientalis barat mencuba untuk menghapuskan nama Islam. Mereka lebih gemar memanggil agama Islam sebagai agama Muhammadan, iaitu agama ciptaan Muhammad. Tujuannya melahirkan kekeliruan di kalangan umat Islam dan orang yang berminat dengan Islam. Orang barat mengajarkaan anak-anak mereka pengikut Muhammad adalah orang yang menyembah batu hitam di tengah-tengah padang pasir. Orang barat membesar dengan anggapan orang Islam sebagai orang yang tidak bertamadun. Mungkin itulah sebabnya ‘mujtahid’ Malaysia memfokuskan kepada ketamadunan lalu dicipta istilah Islam Hadhari. Kejayaan besar projek Islam Hadhari ialah terbina tamadun keterbukaan, liberisma. Keterbukaan yang pertama ialah keterbukaan pintu penjara mengeluarkan Anwar Ibrahim atas alasan teknikal walaupun panel hakim memperakui ada perlakuan sebagaimana pertuduhan. Pembesar Hadhari berperikemanusiaan menghantar passport Anwar agar Anwar boleh mendapatkan rawatan di luar negara. Keterbukaan diperluaskan seluas-luasnya. Parti PAS yang menentang Islam Hadhari ikut sama menyertai tamadun keterbukaan Hadhari. PAS boleh bekerja sepasukan dengan DAP yang ‘berjihad’ menentang hudud dan negara Islam. Kaum India menubuhkan HINDRAF membawa berbagai-bagai tuntutan. Kaum Cina mendesak agar dibenarkan Chin Peng kembali ke kampung halamannya dan bersemadi di sana. Raja boleh diugut dengan saman. Hak keistimewaan orang Melayu boleh dipersoalkan. Kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan boleh dipertikaikan. Boleh memaki hamun dan menghina bekas pemimpin, pemimpin sekarang, ulama, mufti, tok guru, ustaz dan siapa sahaja. Siapa sahaja boleh cakap apa sahaja dan siapa sahaja boleh menyaman siapa sahaja. Semua itu adalah produk tamadun Hadhari.
Kemuncak ketamadunan produk Islam Hadhari ialah keterbukaan pintu gereja untuk mengheret ALLAH ke dalamnya. Allah Maha Esa untuk orang Islam. Allah Bapa, tiga dalam satu, untuk orang Kristian. Allah yang tidak beranak dan tidak diperanakkan untuk orang Islam. Allah yang ada anak untuk orang Kristian. Masjid Rumah Allah, gereja juga Rumah Allah. Rumah Allah masjid mengajarkan kiblat adalah Kaabah di Makkah. Rumah Allah gereja mengajarkan kiblat adalah Vatican. Orang Islam yang beriman dengan Allah diajarkan memohon ampun kepada Allah. Orang Kristian yang beriman dengan Allah memohon ampun dengan Padri di gereja. Orang Islam yang beriman dengan Allah menjadikan Quran sebagai Kitab Suci. Orang Kristian yang bweriman dengan Allah menjadikan Bible sebagai Kitab Suci. Orang Islam yang beriman dengan Allah mengharamkan arak dan babi. Orang Kristian yang beriman dengan Allah menghalalkan arak dan babi. Orang Islam yang beriman dengan Allah menyambut Hari Raya Puasa dan Hari Raya Haji. Orang Kristian yang beriman dengan Allah menyambut Kristmas. Orang Islam yang beriman dengan Allah percaya Al-Masih adalah Nabi Allah. Orang Kristian yang beriman dengan Allah percaya Al-Masih anak Allah. Kelak muncullah gereja mempamerkan nama Allah. Orang Kristian memakai salib yang ada nama Allah. Arak diminum kerana Allah. Babi disembelih kerana Allah. Orang Islam memerangi orang Kristian kerana Allah. Orang Kristian memerangi orang Islam kerana Allah.
Bila keterbukaan lebih lagi terbuka Siva, Vishnu dan Krishna bukan lagi untuk orang Hindu. Muncul pula Gereja Siva, Gereja Vishnu dan Gereja Krishna. Bila lagi orang Kristian Malaysia mahu menuntut Siva, Vishnu dan Krishna???