1: AKTA DARURAT (KELANTAN) 1977
PAS (termasuklah TG Nik Aziz) menerima kerjasama dengan Umno bagi menjamin kestabilan politik negara, mengekalkan ketuanan Melayu dan menyerapkan Islam dalam pemerintahan. PAS menyertai beberapa parti lain telah membentuk Kerajaan Campuran PAS-Perikatan pada 1973, kemudian sama-sama mengasaskan Barisan Nasional (BN) pada 1974. BN yang ada PAS di dalamnya mencapai kejayaan besar dalam pilihan raya 1974. Perkongsian kuasa di dalam BN menimbulkan pergolakan di kalangan pemimpin-pemimpin PAS. PAS (terutamanya TG Nik Aziz) menyalahkan UMNO pimpinan Dato’ Husin Onn. Bagi orang PAS (termasuklah TG Nik Aziz), UMNO yang sengaja melaga-lagakan pemimpin-pemimpin PAS sehingga mereka bersengketa sesama sendiri. Kerajaan di bawah pimpinan Dato’ Husin Onn mengistiharkan darurat di Kelantan. PAS menolak Akta Darurat tersebut. Lanjutannya pucuk pimpinan BN bersetuju mengeluarkan PAS dari BN. PAS kehilangan keanggotaannya dalam BN dan Pas juga kehilangan Kelantan. Kejadian tersebut memberi pukulan yang hebat kepada PAS (termasuklah TG Nik Aziz). Insiden tersebut menyebabkan PAS (terutamanya TG Nik Aziz) memutuskan UMNO adalah jahat, mengkhianati rakan sendiri. Bagi TG Nik Aziz, perpisahan dengan UMNO dan BN itu merupakan perceraian talak tiga. TG Nik Aziz tak akan izinkan PAS melakukan ‘Cina Buta’ untuk bersatu semula dengan UMNO-BN.
2: TRAGEDI MEMALI
Peristiwa Memali berlaku pada 19 November 1985. Insiden ini mengorbankan 18 orang dan berpuluh-puluh yang lain tercedera serta penahanan beratus-ratus orang ahli PAS. Kesemua yang ditahan telah dibebaskan kecuali 36 orang. Mereka ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Dalam pertempuran antara orang kampung dengan pihak polis, Ustaz Ibrahim Mahmud atau lebih dikenali dengan Ibrahim Libya telah terbunuh. Polis memanggil operasi ini sebagai 'Operasi Angkara/Operasi Hapus'. Peristiwa ini terjadi ketika Musa Hitam menjadi Timbalan Perdana Menteri Malaysia dan Menteri Keselamatan Dalam Negeri. Ketika itu Dr Mahathir Mohamad selaku Perdana Menteri Malaysia berada di China.
PAS (termasuklah TG Nik Aziz) menganggap peristiwa Memali itu sebagai pembunuhan yang dilakukan oleh kerajaan pimpinan UMNO terhadap orang kampung yang tidak berdosa. Apa juga alasan yang diberikan oleh Musa Hitam tidak relevan! Yang pasti ialah ketidak-percayaan dan kebencian PAS (terutamanya TG Nik Aziz) terhadap UMNO semakin bertambah. Jika Akta Darurat (Kelantan) 1977 menyebabkan TG Nik Aziz mengistiharkan talak tiga dengan UMNO, Peristiwa Memali membuat TG Nik Aziz ‘menghalalkan’ darah UMNO, malah bekerjasama dengan syaitan pun tak apa demi menghancurkan UMNO.
3: NIK ADLI NIK AZIZ DIKENAKAN ISA.
Nik Adli Nik Aziz, anak TG Nik Aziz Nik Mat ditahan lima tahun di Pusat Tahanan ISA di Kemunting, Perak sejak tahun 2001 mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Nik Adli ditahan menurut Seksyen 73(1) ISA di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan pada 4 Ogos 2001 kerana dipercayai mempunyai kaitan dengan pergerakan Kumpulan Militan Malaysia (KMM). Polis sejak 2001 melancarkan tiga fasa penangkapan anggota KMM apabila kumpulan itu didapati mempunyai kaitan dengan kumpulan militan Jemaah Islamiah (JI) di Singapura dan Indonesia, yang bermatlamat menjatuhkan kerajaan secara kekerasan atas nama jihad.
Selama berada dalam tahanan ISA, TG Nik Aziz hanya menemui anaknya itu sekali, tatkala beliau sakit akibat serangan jantung dan dimasukkan ke Hospital Universiti Sains (HUSM) Kubang Kerian pada Julai 2004. Nik Adli telah mendapat kebenaran khas daripada Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang juga Menteri Keselamatan Dalam Negeri untuk melawat bapanya di hospital berkenaan.
Selama lima tahun TG Nik Aziz ‘menyapu’ air mata ibu dan isteri Nik Adli. Lima tahun TG Nik Aziz memendam rasa menderita perpisahan dengan anak kesayangannya.
Komen TG Nik Aziz menyambut pembebasan anak keempatnya itu: "Dah puas pelihara baru hantar balik. Selagi hati saya berdarah saya tak akan ucap terima kasih." Beliau turut menyindir wartawan dengan berkata: "Semasa anak saya kena tangkap dahulu tidak ada seorangpun wartawan datang bertanya, tapi sekarang apabila balik baru datang cari."
Penahanan Nik Adli ‘mematikan’ hati TG Nik Aziz terhadap UMNO-BN. UMNO adalah jahat, pembunuh, parti ajaran sesat dan sebut apa sahaja yang buruk-buruk itulah UMNO dalam pandangan TG Nik Aziz. Apa formula PM Najib mahu memujuk TG Nik Aziz????
Monday, September 14, 2009
PAS PARTI ISLAM MELAYU
Gerakan Islam yang lebih awal seperti Ikhwanul Muslimin di Mesir, Masyumi di Indonesia dan Jamaat Islami di Pakistan menjadi pengaruh yang kuat membawa kepada penubuhan PAS. Ketiga-tiga pengaruh itu dibawa masuk ke Tanah Melayu oleh pelajar-pelajar Melayu yang belajar di Mesir, Mekah, India dan Indonesia. Golongan pelajar aliran agama itu apabila kembali ke tanah air mereka diperakui sebagai ulama. Gerakan ulama mula dikenali di Tanah Melayu sekitar tahun 1947. Di antara ulama yang aktif ialah Dr Burhanuddin al-Helmy dan Ustaz Abu Bakar al-Baqir. Tetapi gerakan itu terkubur ekoran penguatkuasaan Ordinan Darurat pada Jun 1948.
Selepas itu sebahagian daripada ulama menyertai parti Umno. Di antara mereka ialah Tuan Haji Ahmad Fuad Hassan, seorang tokoh Hizbul Muslimin yang menyertai Umno pada tahun 1950. Beliau dilantik mengetuai Bahagian Agama dan Pelajaran Umno.
Haji Ahmad Fuad dan golongan ulama tidak sehaluan dengan kepimpinan UMNO yang dilihat sebagai mengamalkan sistem sekular. Mereka kemudian mengambil langkah menubuhkan partai politik, PAS. Diadakan persidangan untuk menubuhkan PAS pada 24 November 1951. Mereka bersepakat PAS menjadi sebuah pertubuhan politik Islam. PAS di awal penubuhananya dipimpin oleh Tuan Guru Haji Ahmad Fuad Hassan dan Dr Haji Abbas Alias. Kemudian kepimpinan PAS diambil-alih oleh Dr Burhanuddin al-Helmy pada akhir 1956.
PAS yang dikenali sebagai sebuah partai politik Islam yang mahu menegakkan peraturan Quran dan Sunnah mendapat tempat di hati orang-orang Islam berbangsa Melayu, terutamanya di kampung-kampung di Kelantan dan Terengganu. Apa yang diperjuangkan oleh PAS menepati cita-rasa bangsa Melayu yang beragama Islam. Rata-rata ahli PAS terdiri daripada orang Melayu beragama Islam. Kaum lain yang beragama Islam tidak tertarik dengan PAS. Sokongan orang Melayu beragama Islam terhadap PAS membawa PAS mencapai kejayaan besar dalam pilihan raya 1959, apabila Terengganu dan Kelantan berjaya dikuasai oleh PAS. PAS membentuk kerajaan di Terengganu di bawah pimpinan Mohd Daud Abdul Samad dan Ustaz Ishak Lotfi Omar di Kelantan.
PAS memenangi 13 daripada 24 kerusi Dun Terengganu pada 1959. Sepanjang menjadi Menteri Besar, Mohd Daud menghadapi pelbagai krisis yang besar. Ada desakan dari kerajaan sendiri agar Exco Kerajaan Terengganu, Ustaz Ahmad Azzam dilantik sebagai Timbalan Menteri Besar. Speaker Dun Terengganu, Ustaz Taib Sabri Abu Bakar pula beberapa kali membuat ugutan untuk keluar dari PAS.
Dalam parti pula, berlaku pergolakan dicetuskan oleh Pesuruhjaya PAS, menyebabkan PAS Cawangan Kuala Terengganu Utara dibubarkan. Yang Dipertua PAS Kuala Terengganu Utara, Senator Tuan Guru Abbas Mohamed bertindak keluar PAS pada 22 Julai 1960.
PAS Terengganu beralih kepada usaha mengukuhkan kerajaan dengan menubuhkan kerajaan campuran PAS-Parti Negara tetapi gagal apabila Adun Parti Negara, Ismail Abbas menyertai PAS dan Timbalan Yang Dipertua Parti Negara, Wan Daud Wan Ahmad membawa tiga lagi Adun Parti Negara menyokong Perikatan. Dua Adun PAS iaitu Tuan Guru Abdul Kadir Mohamed (Kuala Terengganu Tengah) dan Tuan Guru Wan Said Mohd Noor (Kuala Besut) telah menarik sokongan terhadap PAS. Akhirnya, pada 30 Oktober 1961, kerajaan PAS pimpinan Mohd Daud tumbang dalam satu undi tidak percaya.
PAS berjuang untuk memartabatkan kebangsaan Melayu Raya berasaskan Islam. PAS menolak pembentukan Malaysia kerana PAS mahu sebuah negara Melayu yang besar meliputi alam Melayu. Apabila berlaku konfrantasi Indonesia-Malaysia, pemimpin-pemimpin PAS diawasi dengan ketat. Beberapa orang daripada mereka dikenakan tahanan ISA.
Malaysia yang rakyatnya terdiri dari berbagai-bagai kaum tidak terlepas daripada isu perkauman yang membawa kepada kekacauan. Dalam tahun-tahun antara 1964 hingga 1969 berlaku beberapa pergaduhan kaum di Pulau Pinang, Perak dan Singapura. Pergaduhan kaum terbesar berlaku pada 13 Mei 1969
Datuk Mohd Asri Muda yang memangku jawatan Yang Dipertua Agung PAS semenjak 1965 telah dilantik sebagai Yang Dipertua Agung PAS pada 1971.
Tragedi 13 Mei 1969 melahirkan kesedaran terhadap kerukunan hidup sesama umat Malaysia. Semangat kerjasama dan keharmonian perlu dipupuk agar tragedi yang serupa tidak berulang lagi. PAS ikut serta dalam membina masyarakat Malaysia yang bersatu padu. PAS menyertai beberapa parti lain membentuk Kerajaan Campuran PAS-Perikatan pada 1973, kemudian sama-sama mengasaskan Barisan Nasional (BN) pada 1974. BN mencapai kejayaan besar dalam pilihan raya 1974.
Ketika PAS berada dalam BN itu berlaku krisis politik di Kelantan dalam tahun 1977. Dato’ Mohamad Asri berkrisis dengan Dato’ Mohamad Nasir yang menjadi MB Kelantan ketika itu. Krisis itu menjadi buruk sehingga kedua-dua pihak mengadakan tunjuk perasaan besar-besaran. Kerajaan Pusat yang dipimpin oleh Dato’ Husin Onn membentangkan Akta Darurat (Kelantan). PAS menolak Akta tersebut yang mengakibatkan PAS dikeluarkan dari BN. PAS juga hilang pemerintahan kerajaan Kelantan.
Pada Oktober 1982 Haji Yusof Rawa telah diangkat memimpin PAS menggantikan Datuk Mohd Asri yang meletakkan jawatan. Kepemimpinan Haji Yusof Rawa dikenali sebagai kepimpinan ulamak. PAS mengubah pendekatannya PAS membuka jaringan dengan orang bukan Islam, sehingga terbentuk Majlis Perundingan Cina (CCC).
Kemudian berlaku tragedi Memali. Peristiwa Memali berlaku pada 19 November 1985. Insiden ini mengorbankan 18 orang dan berpuluh-puluh yang lain tercedera serta penahanan beratus-ratus orang. Kesemua yang ditahan telah dibebaskan kecuali 36 orang. Mereka ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Dalam pertempuran antara orang kampung dengan pihak polis, Ustaz Ibrahim Mahmud atau lebih dikenali dengan Ibrahim Libya telah terbunuh. Polis memanggil operasi ini sebagai 'Operasi Angkara/Operasi Hapus'. Peristiwa ini terjadi ketika Musa Hitam menjadi Timbalan Perdana Menteri Malaysia dan Menteri Keselamatan Dalam Negeri. Ketika itu Dr Mahathir Mohamad selaku Perdana Menteri Malaysia berada di China.
Pada 1987, Umno menghadapi krisis kepemimpinan sehingga parti tersebut diharamkan. Ekorannya lahirlah UMNO (Baru) dipimpin oleh Dr Mahathir dan Semangat 46 dipimpin oleh Tengku Ghazali. Yang Dipertua Agung PAS, Ustaz Fadzil Mohd Noor memanfaatkan kesempatan ini dengan mewujudkan kerjasama politik dengan Semangat 46 yang membolehkan PAS berkuasa semula di Kelantan. Ketua Dewan Ulamak PAS (kemudian Mursyidul Am PAS), Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat diberikan kepercayaan untuk memimpin kerajaan Kelantan semenjak 1990.
Pada 1996, PAS mula berkrisis dengan Parti Melayu Semangat 46 (PMS46) yang menyebabkan Angkatan Perpaduan Ummah (APU) yang dibentuk pada 1989 berpecah. Dua tahun kemudian, Umno sekali lagi menghadapi perpecahan ekoran pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menyebabkan wujudnya gerakan Reformasi. PAS telah memimpin Majlis Gerakan Keadilan Rakyat Malaysia (GERAK) bagi menuntut keadilan kepada rakyat, kemudian menubuhkan Barisan Alternatif (BA) pada 1999. Melalui BA, PAS berjaya merampas semula Terengganu. Timbalan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang diamanahkan untuk mengetuai kerajaan Terengganu sehingga 2004. Selepas pencapaian lemah PAS pada 2004 kerana momentum Perdana Menteri baru, PAS bangkit semula pada 2008 dengan mengetuai tiga kerajaan negeri dan turut serta dalam kerajaan di Selangor. Kini, PAS dilihat sebagai pencabar utama Umno dalam menguasai politik orang Melayu Islam.

Subscribe to:
Posts (Atom)