Wednesday, October 14, 2009
SIAPA ATAU APAKAH KHAIRY JAMALUDIN?
Monday, September 14, 2009
MENGAPA TG NIK AZIZ BENCIKAN UMNO
PAS (termasuklah TG Nik Aziz) menerima kerjasama dengan Umno bagi menjamin kestabilan politik negara, mengekalkan ketuanan Melayu dan menyerapkan Islam dalam pemerintahan. PAS menyertai beberapa parti lain telah membentuk Kerajaan Campuran PAS-Perikatan pada 1973, kemudian sama-sama mengasaskan Barisan Nasional (BN) pada 1974. BN yang ada PAS di dalamnya mencapai kejayaan besar dalam pilihan raya 1974. Perkongsian kuasa di dalam BN menimbulkan pergolakan di kalangan pemimpin-pemimpin PAS. PAS (terutamanya TG Nik Aziz) menyalahkan UMNO pimpinan Dato’ Husin Onn. Bagi orang PAS (termasuklah TG Nik Aziz), UMNO yang sengaja melaga-lagakan pemimpin-pemimpin PAS sehingga mereka bersengketa sesama sendiri. Kerajaan di bawah pimpinan Dato’ Husin Onn mengistiharkan darurat di Kelantan. PAS menolak Akta Darurat tersebut. Lanjutannya pucuk pimpinan BN bersetuju mengeluarkan PAS dari BN. PAS kehilangan keanggotaannya dalam BN dan Pas juga kehilangan Kelantan. Kejadian tersebut memberi pukulan yang hebat kepada PAS (termasuklah TG Nik Aziz). Insiden tersebut menyebabkan PAS (terutamanya TG Nik Aziz) memutuskan UMNO adalah jahat, mengkhianati rakan sendiri. Bagi TG Nik Aziz, perpisahan dengan UMNO dan BN itu merupakan perceraian talak tiga. TG Nik Aziz tak akan izinkan PAS melakukan ‘Cina Buta’ untuk bersatu semula dengan UMNO-BN.
2: TRAGEDI MEMALI
Peristiwa Memali berlaku pada 19 November 1985. Insiden ini mengorbankan 18 orang dan berpuluh-puluh yang lain tercedera serta penahanan beratus-ratus orang ahli PAS. Kesemua yang ditahan telah dibebaskan kecuali 36 orang. Mereka ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Dalam pertempuran antara orang kampung dengan pihak polis, Ustaz Ibrahim Mahmud atau lebih dikenali dengan Ibrahim Libya telah terbunuh. Polis memanggil operasi ini sebagai 'Operasi Angkara/Operasi Hapus'. Peristiwa ini terjadi ketika Musa Hitam menjadi Timbalan Perdana Menteri Malaysia dan Menteri Keselamatan Dalam Negeri. Ketika itu Dr Mahathir Mohamad selaku Perdana Menteri Malaysia berada di China.
PAS (termasuklah TG Nik Aziz) menganggap peristiwa Memali itu sebagai pembunuhan yang dilakukan oleh kerajaan pimpinan UMNO terhadap orang kampung yang tidak berdosa. Apa juga alasan yang diberikan oleh Musa Hitam tidak relevan! Yang pasti ialah ketidak-percayaan dan kebencian PAS (terutamanya TG Nik Aziz) terhadap UMNO semakin bertambah. Jika Akta Darurat (Kelantan) 1977 menyebabkan TG Nik Aziz mengistiharkan talak tiga dengan UMNO, Peristiwa Memali membuat TG Nik Aziz ‘menghalalkan’ darah UMNO, malah bekerjasama dengan syaitan pun tak apa demi menghancurkan UMNO.
3: NIK ADLI NIK AZIZ DIKENAKAN ISA.
Nik Adli Nik Aziz, anak TG Nik Aziz Nik Mat ditahan lima tahun di Pusat Tahanan ISA di Kemunting, Perak sejak tahun 2001 mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Nik Adli ditahan menurut Seksyen 73(1) ISA di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan pada 4 Ogos 2001 kerana dipercayai mempunyai kaitan dengan pergerakan Kumpulan Militan Malaysia (KMM). Polis sejak 2001 melancarkan tiga fasa penangkapan anggota KMM apabila kumpulan itu didapati mempunyai kaitan dengan kumpulan militan Jemaah Islamiah (JI) di Singapura dan Indonesia, yang bermatlamat menjatuhkan kerajaan secara kekerasan atas nama jihad.
Selama berada dalam tahanan ISA, TG Nik Aziz hanya menemui anaknya itu sekali, tatkala beliau sakit akibat serangan jantung dan dimasukkan ke Hospital Universiti Sains (HUSM) Kubang Kerian pada Julai 2004. Nik Adli telah mendapat kebenaran khas daripada Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang juga Menteri Keselamatan Dalam Negeri untuk melawat bapanya di hospital berkenaan.
Selama lima tahun TG Nik Aziz ‘menyapu’ air mata ibu dan isteri Nik Adli. Lima tahun TG Nik Aziz memendam rasa menderita perpisahan dengan anak kesayangannya.
Komen TG Nik Aziz menyambut pembebasan anak keempatnya itu: "Dah puas pelihara baru hantar balik. Selagi hati saya berdarah saya tak akan ucap terima kasih." Beliau turut menyindir wartawan dengan berkata: "Semasa anak saya kena tangkap dahulu tidak ada seorangpun wartawan datang bertanya, tapi sekarang apabila balik baru datang cari."
Penahanan Nik Adli ‘mematikan’ hati TG Nik Aziz terhadap UMNO-BN. UMNO adalah jahat, pembunuh, parti ajaran sesat dan sebut apa sahaja yang buruk-buruk itulah UMNO dalam pandangan TG Nik Aziz. Apa formula PM Najib mahu memujuk TG Nik Aziz????
PAS PARTI ISLAM MELAYU
Selepas itu sebahagian daripada ulama menyertai parti Umno. Di antara mereka ialah Tuan Haji Ahmad Fuad Hassan, seorang tokoh Hizbul Muslimin yang menyertai Umno pada tahun 1950. Beliau dilantik mengetuai Bahagian Agama dan Pelajaran Umno.
Haji Ahmad Fuad dan golongan ulama tidak sehaluan dengan kepimpinan UMNO yang dilihat sebagai mengamalkan sistem sekular. Mereka kemudian mengambil langkah menubuhkan partai politik, PAS. Diadakan persidangan untuk menubuhkan PAS pada 24 November 1951. Mereka bersepakat PAS menjadi sebuah pertubuhan politik Islam. PAS di awal penubuhananya dipimpin oleh Tuan Guru Haji Ahmad Fuad Hassan dan Dr Haji Abbas Alias. Kemudian kepimpinan PAS diambil-alih oleh Dr Burhanuddin al-Helmy pada akhir 1956.
PAS yang dikenali sebagai sebuah partai politik Islam yang mahu menegakkan peraturan Quran dan Sunnah mendapat tempat di hati orang-orang Islam berbangsa Melayu, terutamanya di kampung-kampung di Kelantan dan Terengganu. Apa yang diperjuangkan oleh PAS menepati cita-rasa bangsa Melayu yang beragama Islam. Rata-rata ahli PAS terdiri daripada orang Melayu beragama Islam. Kaum lain yang beragama Islam tidak tertarik dengan PAS. Sokongan orang Melayu beragama Islam terhadap PAS membawa PAS mencapai kejayaan besar dalam pilihan raya 1959, apabila Terengganu dan Kelantan berjaya dikuasai oleh PAS. PAS membentuk kerajaan di Terengganu di bawah pimpinan Mohd Daud Abdul Samad dan Ustaz Ishak Lotfi Omar di Kelantan.
PAS memenangi 13 daripada 24 kerusi Dun Terengganu pada 1959. Sepanjang menjadi Menteri Besar, Mohd Daud menghadapi pelbagai krisis yang besar. Ada desakan dari kerajaan sendiri agar Exco Kerajaan Terengganu, Ustaz Ahmad Azzam dilantik sebagai Timbalan Menteri Besar. Speaker Dun Terengganu, Ustaz Taib Sabri Abu Bakar pula beberapa kali membuat ugutan untuk keluar dari PAS.
Dalam parti pula, berlaku pergolakan dicetuskan oleh Pesuruhjaya PAS, menyebabkan PAS Cawangan Kuala Terengganu Utara dibubarkan. Yang Dipertua PAS Kuala Terengganu Utara, Senator Tuan Guru Abbas Mohamed bertindak keluar PAS pada 22 Julai 1960.
PAS Terengganu beralih kepada usaha mengukuhkan kerajaan dengan menubuhkan kerajaan campuran PAS-Parti Negara tetapi gagal apabila Adun Parti Negara, Ismail Abbas menyertai PAS dan Timbalan Yang Dipertua Parti Negara, Wan Daud Wan Ahmad membawa tiga lagi Adun Parti Negara menyokong Perikatan. Dua Adun PAS iaitu Tuan Guru Abdul Kadir Mohamed (Kuala Terengganu Tengah) dan Tuan Guru Wan Said Mohd Noor (Kuala Besut) telah menarik sokongan terhadap PAS. Akhirnya, pada 30 Oktober 1961, kerajaan PAS pimpinan Mohd Daud tumbang dalam satu undi tidak percaya.
PAS berjuang untuk memartabatkan kebangsaan Melayu Raya berasaskan Islam. PAS menolak pembentukan Malaysia kerana PAS mahu sebuah negara Melayu yang besar meliputi alam Melayu. Apabila berlaku konfrantasi Indonesia-Malaysia, pemimpin-pemimpin PAS diawasi dengan ketat. Beberapa orang daripada mereka dikenakan tahanan ISA.
Malaysia yang rakyatnya terdiri dari berbagai-bagai kaum tidak terlepas daripada isu perkauman yang membawa kepada kekacauan. Dalam tahun-tahun antara 1964 hingga 1969 berlaku beberapa pergaduhan kaum di Pulau Pinang, Perak dan Singapura. Pergaduhan kaum terbesar berlaku pada 13 Mei 1969
Datuk Mohd Asri Muda yang memangku jawatan Yang Dipertua Agung PAS semenjak 1965 telah dilantik sebagai Yang Dipertua Agung PAS pada 1971.
Tragedi 13 Mei 1969 melahirkan kesedaran terhadap kerukunan hidup sesama umat Malaysia. Semangat kerjasama dan keharmonian perlu dipupuk agar tragedi yang serupa tidak berulang lagi. PAS ikut serta dalam membina masyarakat Malaysia yang bersatu padu. PAS menyertai beberapa parti lain membentuk Kerajaan Campuran PAS-Perikatan pada 1973, kemudian sama-sama mengasaskan Barisan Nasional (BN) pada 1974. BN mencapai kejayaan besar dalam pilihan raya 1974.
Ketika PAS berada dalam BN itu berlaku krisis politik di Kelantan dalam tahun 1977. Dato’ Mohamad Asri berkrisis dengan Dato’ Mohamad Nasir yang menjadi MB Kelantan ketika itu. Krisis itu menjadi buruk sehingga kedua-dua pihak mengadakan tunjuk perasaan besar-besaran. Kerajaan Pusat yang dipimpin oleh Dato’ Husin Onn membentangkan Akta Darurat (Kelantan). PAS menolak Akta tersebut yang mengakibatkan PAS dikeluarkan dari BN. PAS juga hilang pemerintahan kerajaan Kelantan.
Pada Oktober 1982 Haji Yusof Rawa telah diangkat memimpin PAS menggantikan Datuk Mohd Asri yang meletakkan jawatan. Kepemimpinan Haji Yusof Rawa dikenali sebagai kepimpinan ulamak. PAS mengubah pendekatannya PAS membuka jaringan dengan orang bukan Islam, sehingga terbentuk Majlis Perundingan Cina (CCC).
Kemudian berlaku tragedi Memali. Peristiwa Memali berlaku pada 19 November 1985. Insiden ini mengorbankan 18 orang dan berpuluh-puluh yang lain tercedera serta penahanan beratus-ratus orang. Kesemua yang ditahan telah dibebaskan kecuali 36 orang. Mereka ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Dalam pertempuran antara orang kampung dengan pihak polis, Ustaz Ibrahim Mahmud atau lebih dikenali dengan Ibrahim Libya telah terbunuh. Polis memanggil operasi ini sebagai 'Operasi Angkara/Operasi Hapus'. Peristiwa ini terjadi ketika Musa Hitam menjadi Timbalan Perdana Menteri Malaysia dan Menteri Keselamatan Dalam Negeri. Ketika itu Dr Mahathir Mohamad selaku Perdana Menteri Malaysia berada di China.
Pada 1987, Umno menghadapi krisis kepemimpinan sehingga parti tersebut diharamkan. Ekorannya lahirlah UMNO (Baru) dipimpin oleh Dr Mahathir dan Semangat 46 dipimpin oleh Tengku Ghazali. Yang Dipertua Agung PAS, Ustaz Fadzil Mohd Noor memanfaatkan kesempatan ini dengan mewujudkan kerjasama politik dengan Semangat 46 yang membolehkan PAS berkuasa semula di Kelantan. Ketua Dewan Ulamak PAS (kemudian Mursyidul Am PAS), Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat diberikan kepercayaan untuk memimpin kerajaan Kelantan semenjak 1990.
Pada 1996, PAS mula berkrisis dengan Parti Melayu Semangat 46 (PMS46) yang menyebabkan Angkatan Perpaduan Ummah (APU) yang dibentuk pada 1989 berpecah. Dua tahun kemudian, Umno sekali lagi menghadapi perpecahan ekoran pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menyebabkan wujudnya gerakan Reformasi. PAS telah memimpin Majlis Gerakan Keadilan Rakyat Malaysia (GERAK) bagi menuntut keadilan kepada rakyat, kemudian menubuhkan Barisan Alternatif (BA) pada 1999. Melalui BA, PAS berjaya merampas semula Terengganu. Timbalan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang diamanahkan untuk mengetuai kerajaan Terengganu sehingga 2004. Selepas pencapaian lemah PAS pada 2004 kerana momentum Perdana Menteri baru, PAS bangkit semula pada 2008 dengan mengetuai tiga kerajaan negeri dan turut serta dalam kerajaan di Selangor. Kini, PAS dilihat sebagai pencabar utama Umno dalam menguasai politik orang Melayu Islam.
Friday, August 14, 2009
HENTIAN 1
Wahai orang yang beriman! Masuklah kamu ke dalam Islam secara keseluruhannya, dan janganlah kamu turuti langkah-langkah syaitan; (kerana) sesungguhnya syaitan itu musuh kamu yang nyata. Sekiranya kamu tergelincir sesudah datang kepada kamu bukti-bukti (kebenaran), maka ketahuilah bahawa Allah adalah Al-‘Aziz (Yang Maha Perkasa), lagi Al-Hakim (Yang Maha Bijaksana). (Al-Baqarah : Ayat 208-209)
Dan demikianlah, Kami (Allah) jadikan kamu ‘ummatan wasatan’ (umat pertengahan) agar kamu menjadi saksi bagi manusia, dan Rasul menjadi saksi bagi kamu. Dan Kami (Allah) tidak jadikan kiblat yang kamu menghadap kepadanya (Ka’abah) itu melainkan bagi menyatakan (apa yang dalam) ilmu Kami (Allah) tentang siapakah yang mengikuti Rasul dan siapa pula yang berpaling di atas kedua-dua tumitnya. Dan (perubahan kiblat) itu memang berat kecuali bagi orang yang telah diberi petunjuk oleh Allah, dan Allah tidak akan mempersiakan iman kamu. Sesungguhnya Allah terhadap manusia adalah Ar-Rauf (Yang amat berkasihan belas), lagi Ar-Rahim (Yang Maha Mengasihani). (Al-Baqarah : Ayat 143)
HIDANGAN RINGAN
Seorang pesakit jiwa dimasukkan ke hospital.
Doktor: Apa sakit?
Pesakit: Saya takutkan ayam.
Doktor: Apasal.
Pesakit: Saya jagung. Ayam mahu patuk saya.
Doktor: Masuk wad.
Setelah menjalani rawatan beberapa lama doktor memanggil pesakit.
Doktor: Amacam sekarang.
Pesakit: Saya sudah tahu saya bukan ayam. Saya manusia.
Doktor: Awak boleh keluar wad.
Pesakit: Tuan doktor saya masih ragu-ragu.
Doktor: Apa ragu.
Pesakit: Ayam tahu tak saya bukan jagung.
Doktor: Masuk wad semula.
Thursday, August 13, 2009
PERLEMBAGAAN MENJAMIN HAK RAKYAT
Perlembagaan dan undang-undang negara merupakan jaminan rakyat dan negara dapat terus bertahan dari satu generasi ke generasi yang lain untuk puluhan, ratusan atau ribuan tahun seterusnya.
Setiap rakyat mesti akur dengan sistem Raja Berpelembagaan dan Pilihan Raya Umum bagi membentuk kerajaan. Mahkamah hendaklah berfungsi sebagai badan bebas yang membuat keputusan dengan adil menurut peruntukan undang-undang.
Kekeliruan pada orang ramai lantaran pengamal undang-undang menjadikan media massa sebagai mahkamah sementara mereka sendiri menjadi pendakwaraya, peguambela dan hakim hendaklah dihindari. Sebagaimana ada Majlis Fatwa yang menentukan hukum menurut syarak, Badan Kehakiman juga perlu ada Majlis Fatwa Kehakiman yang mentafsirkan peruntukan undang-undang, bertindak dengan pantas agar perbalahan mengenai undang-undang tidak mengakibatkan berlaku huru hara di kalangan rakyat. Pengamal undang-undang yang ‘menderhaka’ kepada keputusan Majlis Fatwa Kehakiman hendaklah dibatalkan lesen guaman mereka.
Penguatkuasaan undang-undang secara tegas perlu bagi memelihara keharmonian dan kesejahteraan rakyat yang terdiri dari berbagai-bagai bangsa dan agama serta mendukung berbagai-bagai ideologi.
Perlu ada badan bebas seperti Suruhanjaya Diraja atau badan yang bertanggungjawab terus kepada Parlimen, yang mengawasi pelaksanaan undang-undang, agar undang-undang yang seharusnya melindungi rakyat tidak dieksploitasi untuk menjaga kepentingan individu atau kumpulan tertentu.
1MALAYSIA 1 PERLEMBAGAAN!
RAKYAT DILINDUNGI
KEADILAN DIUTAMAKAN
Wednesday, August 12, 2009
UMMAH PERTENGAHAN
Mereka merupakan golongan minoriti. Mereka pula terpecah-pecah. Sebahagiannya dalam UMNO, sebahagian dalam PAS, sebahagian dalam PKR, sebahagian dalam DAP dan ada juga bahagian yang tidak memasuki mana-mana pertubuhan. Mereka menjadi kumpulan kecil dalam mana-mana pertubuhan yang mereka anggotai. Oleh kerana mereka hanya minoriti mereka dengan mudah ditekan oleh golongan tegar. Suara kebenaran yang mereka cuba sampaikan akan ditentang golongan ramai yang hanya mahu menerima kebenaran dari golongan mereka sendiri sahaja.
Sekali-sekala kumpulan minoriti ini cuba menyampaaikan kebenaran kepada Pemimpin Besarnya yang dari golongan tegar. Pemimpin tegar dengan penyokong tegar menganggap teguran sebagai kritikan. Kritikan dianggap sebagai percubaan mahu melemahkan kumpulan sendiri. Orang yang berbuat demikian dianggap sebagai agen musuh.
Dari kalangan ummah pertengahan itulah kadang-kadang keluar kenyataan yang membuat ahli kumpulannya melenting. Isu-isu yang pernah mereka keluarkan: Kerajaan Perpaduan; gangsterism dalam DAP Johor; anak luar nikah Teoh Beng Hock; isu arak di Selangor; Nizar tidak sepatutnya menyertai upacara memasang lilin; meletak kalungan bunga dan bertafakur di Tugu Negara hukumnya haram, Selangor Darul Khamar dll. Kewujudan ummah pertengahan di dalam kumpulan yang berbeza-beza memberi harapan kesepakatan dan kerjasama bukanlah perkara yang mustahil.
Ummah pertengahan yang menjadi blogger menceritakan yang benar dan memberikan hujah yang adil. Mereka tidak menjual blog mereka untuk mempromosi individu tertentu atau kumpulan tertentu. Mereka boleh tergolong dalam kumpulam pro UMNO-BN tetapi keserakahan UMNO-BN tidak terlepas dari terjahan mereka. Mereka boleh tergolong dalam kumpulan pro pembangkang tetapi kebiadaban pembangkang tidak menutup pandangan mereka.
UMNO-BN dengan ahlinya tidak mampu memenangi pilihanraya. PAS-PR dengan ahlinya tidak mampu memenangi pilihanraya. Pengundi dari kalangan ummah pertengahan menetukan siapa yang menang. Ummah pertengahan adalah orang yang rasional, mendengar, membaca, memikir dan membuat keputusan yang adil bukan emosional. Ummah pertengahan yang menjadi ahli UMNO boleh memangkah PAS jika dia berpendapat calon dan partinya tidak layak dipangkah. Yang PAS pula boleh pangkah UMNO atas sebab yang sama. Keupayaan besar yang ada dengan mereka tidak terserlah kerana mereka terpecah-pecah sebagai individu bukan oragnisasi besar. Jika mereka ujudkan NGO ummah pertengahan maka suara mereka akan didengar oleh kerajaan dan pembangkang.
Satu ketika dahulu ummah pertengahan yang ada dalam berbagai-bagai bangsa merupakan tenaga kuat menguasai bangsa masing-masing. Mereka mampu duduk semeja berbincang untuk kepentingan orang ramai. Mereka berfikir dengan rasional dan bersedia bertolak ansur demi kepentingan bersama. Lahirlah kesepakatan di antara bangsa Melayu sebagai tuan rumah dengan bangsa Cina dan India yang tidak ada pilihan kecuali menetap di bumi Tanah Melayu. Bangsa Melayu bersetuju melepaskan sebahagiaan daripada haknya. Bangsa Cina dan India bersetuju memperakui dan menghormati sebahagian daripada hak keistimewaan orang Melayu. Sebagai tanda semua pihak mencapai kata sepakat digubalkan perlembagaan yang menetapkan dengan jelas hak masing-masing. Tanah Melayu mencapai kemerdekaan dengan membawa perlembagaan tersebut. Ia dibawa kepada pembentukan Malaysia.
Potensi yang ada dengan ummah pertengahan perlu digerakkan semula bagi mengembalikan kesepakatan yang telah lama dibina.
Jika kesepakatan tidak dapat dibentuk melalui politik, ummah pertengahan perlu mencari jalan lain. Bukan sedikit orang UMNO-BN yang dihormati oleh orang PAS-PR. Juga bukan sedikit orang PAS-PR yang dihormati oleh orang UMNO-BN. Tanggalkan baju partai buat seketika. Duduk bersama sebagai Melayu, atau Muslim atau Malaysian. Banyak titik persamaan yang ada. Rehatlah sejenak bersama-sama di Hentian. Anda adalah harapan generasi masa depan: Melayu, Cina, India, Kadazan, Dayak, Islam, Hindu, Buddha, Keristian dan sekalian rakyat Malaysia.
PERANG SIBER 2
Blog pro UMNO-BN terdiri dari dua kategori. Pertama blog yang dikendalikan oleh orang UMNO-BN sendiri. Kedua blog yang dikendalikan oleh orang yang tidak terikat dengan UMNO-BN. Dalam kategori pertama terdapat blog yang memperjuangkan UMNO-BN dan blog yang fokusnya mempromosikan individu tertentu. Kategori kedua pula ialah blog yang fokusnya memperjuangkan Melayu dan Islam.
Ketika Pak Lah masih menjadi PM dan Presiden UMNO fokus kebanyakan blog pro UMNO-BN ialah mendedahkan ketidak-wibawaan Pak Lah dan kepincangan Pak Lah, menantu dan seangkatan dengan mereka. Kejayaan terbesar blog pro UMNO-BN ialah kejayaan bloggar Tun Dr Mahathir Mohammad memaksa Pak Lah turun dari singgahsanannya.
Jika diperhatikan dapat dirumuskan peperangan politik yang utama di medan perang siber berkisar pada dua individu iaitu Najib dan Anwar. Anwar ada masa 24 jam sehari, 365 hari setahun selama 6 tahun untuk berfikir, mengkaji, merancang dan menyusun strategi. Anwar mempunyai bekalan yang cukup. Anwar pernah memimpin Abim. Anwar pernah membawa pelajar-pelajar U ke jalanan. Anwar pernah aktif dalam UMNO. Anwar pernah memegang jawatan dalam kerajaan. Anwar pernah jadi TPM. Anwar pernah memangku jawatan PM. Anwar kenal orang-orang UMNO. Anwar tahu kekuatan dan kelemahan mereka. Anwar pernah berhadapan dengan TG Nik Aziz, TG Hadi, Lim Kit Siang dan Karpal Singh. Anwar tahu kekuatan dan kelemahan mereka. Mereka semua umpama buah catur. 6 tahun Anwar menyusun strategi caturnya. Bila Anwar keluar dari penjara dia sudah tahu dengan jelas apa yang mesti dia buat. Perancangan dan strateginya cukup lengkap dan sempurna. Cuma satu yang tidak masuk dalam perancangan dan strategi Anwar iaitulah SAIFUL BAHARI!
Najib diserang ketika dia belum menjadi PM lagi. Najib ditangkap basah dengan penyanyi. Najib kaki perempuan. Najib mengikut telunjuk bini. Najib menggunakan dana kerajaan untuk bininya berbelanja di luar negara. Najib dan bininya terlibat dalam pembunuhan dan pengeboman Altantuya. Najib seorang yang tidak bermoral tidak layak menjadi PM negara. DYMM Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agung sendiri tidak merestui Najib menjadi PM.
Bila Najib menjadi PM serangan terhadapnya bertambah kuat. Jenayah Najib dimuatkan dalam akhbar luar negara. Najib dicabar agar membersihkan namanya. Dalam negara pula dihebohkan cerita najib menggunakan khidmat sami Hindu, malah Najib sendiri melakukan amalan pemujaan cara Hindu. (Dahulu Dr Mahathir membela sami-sami Hindu). Najib juga dikatakan klon Dr Mahathir. Najib akan meneruskan polisi Dr Mahathir. Najib akan menggunakan ISA untuk ‘membunuh’ musuh-musuhnya.
Bloggers pro UMNO-BN dan pro Najib membalas serangan bloggers pro Anwar. Sebahagian daripada mereka menggunakan cara laman-laman reformasi menjatuhkan kredibiliti Dr Mahathir dahulu. Keluarlah gambar-gambar Anwar secara mengaibkan. Roda berpusing. Apa yang dihadapi oleh Dr Mahathir dahulu kini dihadapi oleh Anwar. Kadang-kadang bila membaca blog yang menghentam Anwar sekarang seolah-olah membaca laman reformasi yang menghentam Dr mahathir dahulu. Mungkin penulis blog itu orang yang sama, yang sudah berubah pendirian lantaran dikhianati oleh Anwar.
Ada blog yang ditulis berdasarkan fakta yang diperolehi dengan penyelidikan dan usaha yang gigih. Tidak kurang blog menjadi tempat melepaskan geram semata-mata. Ada blog yang kelihatan seperti blog dibayar untuk mempromosikan individu tertentu.
Ramai orang yang mengakses blog melalui handphone, blackberry misalnya. Design dan susun atur boleh menyebabkan muat turun menjadi perlahan. Terlalu banyak imej dan link yang dimuat turun terlebih dahulu. Di bawah sekali baharulah keluar berita utama yang mahu dibaca. Itupun setelah lama menunggu muat turun. Blog demikian boleh menyebabkan orang meninggalkannya dan pergi ke blog yang lain.
Peperangan bloggers berjalan terus. Bermacam-macam senjata, peluru dan bom digunakan. Percanggahan maklumat dalam blog tidak mengganggu golongan yang percaya tegar dan golongan yang tidak percaya tegar. Bagi orang yang percaya tegar, apa juga yang blog kumpulannya katakan itulah yang benar. Setiap bom yang dilemparkan oleh blog kumpulannya meletup disambut dengan pekik sorak dan takbir! Golongan yang tidak percaya tegar tidak akan percaya apa juga yang dipaparkan oleh blog kumpulan lawan. Setiap kata-kata dan cerita blog demikian hanyalah pembohongan, spin dan fitnah. Ia disambut dengan maki hamun. Bagi golongan yang percaya tegar dan tidak percaya tegar, ada blog atau tidak ada blog sama sahaja bagi mereka. Mereka tetap dengan kepercayaan atau ketidak-kepercayaan mereka.
Apapun perkembangan pesat blogosphere menjadi mata yang perpandangan tajam. Tidak ada yang terlepas baik kerajaan mahupun pembangkang. Kewujudan blog menyebabkan tidak ada tempat persembunyian bagi yang bersalah. Tahniah untuk para bloggers!
PERANG SIBER 1
Fokus utama Laman-laman Reformasi ialah memperjuangkan keadilan untuk Anwar Ibrahim. Anwar dianiaya. Anwar mangsa konspirasi. Anwar didapati bersalah kerana rasuah sedangkan tidak ada melibatkan wang. Anwar rasuah kerana menyalahgunakan kuasa. Bukan Anwar sahaja, malah ramai Menteri yang menyalahgunakan kuasa, tetapi mereka tidak pernah didakwa. Ada Menetri yang melakukan rasuah melibatkan wang ringgit. Mereka juga tidak didakwa. Anwar yang hanya meminta bantuan polis menginsafkan beberapa orang telah dikenakan hukuman yang berat. Anwar menerima hukuman tersebut. Anwar rela masuk penjara daripada menerima sogokan Dr Mahathir agar bersara secara terhormat. Hanya orang yang tidak bersalah sahaja sanggup berkorban demikian.
Perjuangan Gerakan Reformasi berterusan. Musuh utama mereka ialah Dr Mahathir. Berbagai-bagai rupa Dr Mahathir direkacipta. Gambaran yang diciptakan melahirkan persepsi rakyat terhadap Dr Mahathir.
UMNO diharamkan. Terjadi rebutan pesaka di antara Dr Mahathir dengan Tg Ghazali yang disokong oleh Tunku Abdul Rahman. Dr Mahathir menang. Lahirlah anak UMNO yang sah dinamakan UMNO (Baru). Lahir juga anak UMNO yang tidak disahkan dinamakan Semangat 46. Usaha gigih pejuang reformasi dengan kerjasama S46 membawa Terengganu ke tangan PAS.
Gerakan Reformasi berjalan terus. UMNO khususnya dan BN amnya masih lena tidur. Kerajaan masih bergantung kepada surat khabar dan tv milik kerajaan dan orang kerajaan. Mereka tidak sedar media alternatif, iaitu internet lebih digemari daripada media massa arus perdana. Berita dan ulasan dalam laman-laman media alternatif lebih dipercayai. Apa juga yang kerajaan kata rakyat mahu mendengar ulasan media alternatif terlebih dahulu sebelum membuat keputusan. Pengaruh media alternatif sangat kuat sehingga popularity Dr mahathir menjunam dengan teruknya. Tindakan Dr Mahathir melepaskan jawatan dan menyerahkannya kepada Pak Lah merupakan tindakan yang betul dan tepat pada masanya. Jika Dr Mahathir masih lagi menerajui kerajaan dan BN mungkin keputusan PRU11 menyamai atau hampir menyamai PRU12. Jika Dr Mahathir menyerahkan kepimpinan kepada Najib pada waktu itu persepsi rakyat terhadap Najib sama dengan persepsi mereka terhadap Dr Mahathir. Ketika itu Najib tidak mampu menyelamatkan UMNO, BN dan kerajaan. Pak Lah merupakan imej terbaik memulihkan persepsi rakyat kepada UMNO, BN dan kerajaan. Tetapi Dr Mahathir lebih meyakini kewibawaan Najib berbanding Pak Lah dalam mengurus-tadbir negara dan parti. Jika kalah pilihanraya tidak ada apa yang hendak diurus dan ditadbir. Oleh itu Dr mahathir tidak ada pilihan melainkan memilih Pak Lah sebagai penggantinya. Pak Lah difahamkan dia adalah transit peralihan kuasa dari Dr Mahathir kepada Najib. Pak Lah hendaklah memberikan peluang kepada Najib memperlihatkan kemampuannya dan memulihkan imejnya agar peralihan kuasa dari Pak Lah kepada Najib berjalan dengan teratur.
Percaturan Dr Mahathir berbaloi. Mr Nice Clean Guy berjaya membawa UMNO dan BN memenangi PRU11 dengan cemerlang, gemilang dan terbilang. Pak Lah melihat rakyat sukakannya. Rakyat mahu dia menjadi PM dan mengurus negara. Orang-orang di sekeliling Pak Lah mengatakan demikian juga. Era Mahathir sudah berlalu. Kini era Pak Lah yang disenangi dan dikasihi rakyat jelata. UMNO dan BN terus dibuai mimpi tatkala Gerakan Reformasi dan pro pembangkang terus berjuang dan berdakwah melalui media alternatif tanpa penat-lelah tanpa berputus asa.
Thursday, August 6, 2009
PERCAYA TEGAR DAN TIDAK PERCAYA TEGAR
Orang yang tidak percaya tegar kepada Anwar Ibrahim, percaya projek 16 Sept adalah projek Jenin. Anwar ubah tarikh, mereka kata Anwar penipu. Anwar kata tarikh tak penting, mereka kata Anwar sudah hilang punca. Anwar kata dia tak perlu bersumpah, mereka kata Anwar takut kerana salah. Anwar kata sumpah Saiful bercanggah dengan ajaran Islam, mereka kata Anwar munafik. Anwar kata tak ada tusukan, mereka kata ada pelincir yang menghilangkan kesan tusukan. Anwar kata gagal dapat dokumen sebab itu tangguh, mereka kata Anwar sengaja menggunakan peruntukan undang-undang agar dia tidak cepat balik ke Sungai Buluh. Anwar kata Najib tak pandai uruskan kewangan negara, mereka kata Anwar sewaktu jadi Menteri Kewangan dahulu hampir-hampir melingkupkan negara, mujur diselamatkan oleh Dr Mahathir. Anwar kata PDRM dan SPRM alat BN menjatuhkan PR, mereka kata PR sendiri yang buat salah mengapa mahu disalahkan PDRM dan SPRM. Anwar kata rasuah BN sengaja ditutup, mereka kata sudah ramai orang BN didakwa kerana rasuah.
Orang yang percaya tegar kepada TG Nik Aziz dan TG Hadi akan percaya apa sahaja yang mereka kata. Hj Hadi kata pangkah UMNO jadi kafir sebab UMNO berkongsi dengan MCA dan MIC, mereka percaya. Hj Hadi dan Nik Aziz kata pangkah PAS terang dalam kubur, mereka percaya. Nik Aziz kata UMNO sesat, macam ajaran Ayah Pin, mereka percaya. Nik Aziz kata pergi jahanamlah UMNO, mereka bersorak bangga, Nik Aziz sudah bagi pukulan maut kepada UMNO. Nik Aziz kata Kerajaan Pusat mengabaikan Kerajaan Kelantan, mereka percaya. Nik Aziz kata Kelantan berhak dapat royalti minyak, mereka percaya. Nik Aziz kata berkawan dengan DAP lebih baik daripada berkawan dengan UMNO, mereka percaya. Nik Aziz kata Nizar pegang lilin hanya meragukan bukan haram, mereka percaya.
Orang yang tidak percaya tegar kepada TG Nik Aziz dan TG Hadi tidak percaya apa yang mereka kata. Hj Hadi kata pangkah UMNO jadi kafir, mereka kata orang yang mengkafirkan orang Islam yang lain itulah kafir. Hj Hadi dan Nik Aziz kata pangkah PAS terang dalam kubur, mereka tanya Hj Hadi dan Nik Aziz, bagaimana tempat yang tak ada PAS? Nik Aziz kata UMNO sesat macam Ayah Pin, mereka kata Nik Aziz ulama jahat yang memecah belahkan umat Islam. Nik Aziz kata pergi jahanamlah UMNO, mereka kata pergi mamposlah Nik aziz. Nik Aziz kata Kerajaan Pusat mengabaikan Kerajaan kelantan, mereka kata berbilion peruntukan diberikan kepada Kelantan ditambah lagi dengan pinjaman mudah. Nik Aziz kata Kelantan berhak dapat royalti, mereka kata kawasan minyak itu bukan lagi di bawah sempadan Kelantan. Nik Aziz kata berkawan dengan DAP lebih baik daripada berkawan dengan UMNO, mereka kata Nik Aziz agen kafir memecahbelahkan umat Islam. Nik Aziz kata Nizar pegang lilin meragukan bukan haram, mereka kata Nik Aziz menjual agama.
Saturday, August 1, 2009
PERCAYA JADI TIDAK PERCAYA, TIDAK PERCAYA JADI PERCAYA
Sodomi II menyaksikan kurang 100 orang hadir di mahkamah memberikan sokongan moral kepada Anwar. Ratusan ribu yang percayakan Anwar ketika Sodomi I dahulu berpecah kepada beberapa golongan: tidak percaya, ragu-ragu dan tidak peduli. Dalam kalangan orang yang sudah tidak percayakan Anwar terdapat mereka yang dahulunya sangat rapat dengan Anwar, sangat mempercayainya dan sangat menghormatinya. Mereka sanggup berdemo dengan Anwar. Mereka sanggup kena ISA bersama Anwar. Mereka sanggup masuk jel kerana Anwar. Mereka merupakan perintis reformasi sehingga terbentuk Partai Keadilan Rakyat. Masa telah mengubah mereka. Mereka mempunyai sebab yang kuat untuk tidak mempercayai Anwar lagi dan meninggalkannya. Mereka merasakan mereka dikhianati oleh Anwar. Keakraban bertukar menjadi permusuhan. Kasih sayang bertukar menjadi benci. Daripada kalangan merekalah muncul bloggers yang kuat menghentam Anwar. Mereka sanggup menghabiskan tenaga dan wang ringgit untuk meyakinkan orang ramai agar tidak mempercayai Anwar. Mereka percaya mereka di pihak yang benar dan membongkar kejahatan dan pembohongan Anwar menjadi jihad bagi mereka. Oleh kerana mereka berperang dengan Anwar segalanya adil dalam peperangan. Mereka boleh gunakan kata-kata kesat dan mereka-cipta gambar Anwar secara mengaibkan. Bagi mereka itulah layanan yang paling layak Anwar terima. Itu semua mereka lakukan demi menyelamatkan rakyat dan Negara daripada Anwar.
Chua Jui Ming dan SS Subramaniam telah meninggalkan BN dan bergabung dengan Anwar. Mereka percaya ideology yang dibawa oleh Anwar lebih relevan berbanding apa yang diperjuangkan oleh BN. Daripada tidak percaya mereka sudah menjadi orang yang percaya kepada Anwar.
Dulunya Lim Kit Siang tidak percaya kepada TG Nik Aziz dan TG Hadi, sebab itu kerjasama di antara DAP dan PAS yang dibentuk beberapa kali menemui kegagalan. Bila Anwar hadir sebagai pemangkin Lim Kit Siang menjadi percaya kepada kerjasama dengan PAS sehingga mereka berjaya membentuk kerajaan campuran atas nama Pakatan Rakyat.
Dahulunya TG Nik Aziz berkata DAP sama dengan syaitan. Kini, kehadiran Anwar sebagai pemangkin membuat TG Nik Aziz percaya PAS boleh bekerjasama dengan syaitan DAP. TG Nik Aziz percaya kepada kekuatan yang ada pada dirinya. Bukankah Nabi Sulaiman as pernah menggunakan syaitan-syaitan untuk kerja menyelam dan membina bangunan?
TG Nik Aziz percaya tetapi tidak penuh. Lim Kit Siang percaya tetapi tidak penuh. Sebab itu Pakatan Rakyat masih belum boleh didaftarkan secara sah.
Dahulu orang-orang kuat Anwar tidak percaya kepada Dr Mahathir. Kini sebahagian daripada mereka sudah percayakan Dr Mahathir, berjabat tangan dengannya dan ikut serta dalam majlisnya.
Dahulu rakyat percaya kepada Pak Lah sehingga Pak Lah berjaya membawa BN menang secara cemerlang, gemilang dan terbilang dalam PRU11. Kemudian rakyat tidak lagi percayakan Pak Lah. PRU12 jadikan Pak Lah terbuang.
Dahulunya rakyat percaya kepada Raja Petra Kamaruddin dan Akaun-akuan Bersumpah yang dipaparkannya, menyabitkan pembabitan PM Najib dan Rosmah dengan pembunuhan Altantuya. Rakyat juga percaya Anwar mempunyai bukti-bukti kukuh tentang kepuakaan Rosmah. Rakyat menunggu dengan penuh ghairah RPK mengeluarkan bukti-buktinya di mahkamah. Rakyat menunggu Anwar menyelamatkan Koperal Sairu dengan bukti-bukti yang ada padanya. Rakyat mahu berikan pukulan maut kepada PM Najib. Malangnya RPK menghilangkan diri. Anwar terus menyimpan bukti yang ada dalam tangannya, tak peduli Sairu yang akan ke tali gantung. Lalu rakyat tidak lagi mempercayai RPK dan Anwar.
Friday, July 31, 2009
TIDAK PERCAYA
Orang yang tidak percaya dengan PM Najib akan percaya Najib dan Rosmah terlibat dalam pembunuhan Altantuya.
Orang yang tidak percaya dengan UMNO akan percaya UMNO sebuah parti rasuah yang perkauman, digunakan oleh segolongan kecil orang Melayu untuk mengkayakan diri sendiri dan kroni mereka.
Orang yang tidak percaya dengan PAS akan percaya PAS sebuah parti yang terpesung dari ajaran Islam yang sebenarnya.
Wednesday, July 29, 2009
PERCAYA 2
Orang yang percaya kepada PM Najib akan percaya 1Malaaysia, rakyat didahulukan dan perncapaian diutamakan merupakan agenda ikhlas Najib berkhidmat untuk rakyat dan negara.
Orang yang percaya memperkuatkan kepercayaannya dengan mencari bahan yang dia mahu percaya. Orang Islam membaca Quran dan buku-buku Islamik. Orang Hindu membaca Bhagawan Geeta. Orang Kristian membaca Bible. Dengan demikian kepercayaannya menjadi semakin kuat.
Bloggers menjadi pembekal bahan utama kepada orang yang mahu percaya. Orang yang percaya kepada Anwar, TG Nik Aziz, TG Hadi dan Lim Kit Siang menjadikan blog-blog pro pembangkang sebagai pusat hentian memperkuatkan kepercayaannya. Orang yang percaya kepada PM Najib menjadikan blog-blog anti pembangkang sebagai hentian memperkuatkan kepercayaannya. Masing-masing mencari apa yang dia mahu percaya. Betul atau salah maklumat tidak perlu diselidiki. Asalkan blogger itu ‘orang kita’ infonya kita mesti terima.
Monday, July 27, 2009
PERCAYA 1
Orang Islam percaya Tuhan hanya satu, tidak ada Tuhan lain melainkan Dia. Orang Hindu percaya Tuhan Paling Tinggi adalah satu tetapi ada banyak tuhan-tuhan lain beserta-Nya. Orang Kristian percaya Tuhan tiga dalam satu, Isa adalah anak Tuhan. Orang Islam sanggup mati mempertahankan kepercayaannya. Baginya ia adalah jihad dan mati kerananya adalah syahid. Orang Hindu sanggup mati mempertahankan kepercayaannya. Baginya ia adalah jihad dan mati kerananya adalah syahid. Orang Kristian sanggup mati mempertahankan kepercayaannya. Baginya ia adalah jihad dan mati kerananya adalah syahid.
Orang Islam menulis ayat-ayat Quran dan Quran yang dibukukan itu dimuliakan. Orang Hindu mengukir patung Tuhannya dan ia dimuliakan. Orang Kristian membina patung Isa dan Mariam dan ia dimuliakan. Orang Islam akan marah jika Quran dihina, dipijak atau dibakar. Orang Hindu akan marah jika patung Tuhannya dirobohkan. Orang Kristian juga marah jika patung Isa dan Mariam diruntuhkan.
Orang Islam percaya agama menyengutukan Tuhan Yang Satu adalah sesat. Orang Hindu percaya menyembah Tuhan yang banyak itu adalah benar dan agama lain adalah sesat. Orang Kristian percaya menyembah Tuhan tiga dalam satu itu benar dan agama lain yang sesat. Orang Islam percaya mengislamkan orang lain adalah tugas yang suci. Orang Hindu percaya menghindukan orang lain adalah tugas yang suci. Orang Kristian percaya mengkristiankan orang lain adalah tugas yang suci.
Setiap agama ada ahli jihad yang siap siaga menunggu gendang perang. Bila gendang perang dibunyikan mereka akan keluar untuk berperang tanpa bertanya mengapa mereka mesti berperang.
