Sesungguhnya orang yang tidak percaya itu, sama sahaja kepada mereka, sama ada engkau beri peringatan kepada mereka atau engkau tidak beri peringatan namun, mereka tetap tidak akan percaya. Telah dimetrai (dikunci rapat) oleh Allah atas hati mereka serta pendengaran mereka, dan atas penglihatan mereka ada tutupan. Dan bagi mereka azab yang sangat besar. (Al-Baqarah : Ayat 6-7)
Wahai orang yang beriman! Masuklah kamu ke dalam Islam secara keseluruhannya, dan janganlah kamu turuti langkah-langkah syaitan; (kerana) sesungguhnya syaitan itu musuh kamu yang nyata. Sekiranya kamu tergelincir sesudah datang kepada kamu bukti-bukti (kebenaran), maka ketahuilah bahawa Allah adalah Al-‘Aziz (Yang Maha Perkasa), lagi Al-Hakim (Yang Maha Bijaksana). (Al-Baqarah : Ayat 208-209)
Dan demikianlah, Kami (Allah) jadikan kamu ‘ummatan wasatan’ (umat pertengahan) agar kamu menjadi saksi bagi manusia, dan Rasul menjadi saksi bagi kamu. Dan Kami (Allah) tidak jadikan kiblat yang kamu menghadap kepadanya (Ka’abah) itu melainkan bagi menyatakan (apa yang dalam) ilmu Kami (Allah) tentang siapakah yang mengikuti Rasul dan siapa pula yang berpaling di atas kedua-dua tumitnya. Dan (perubahan kiblat) itu memang berat kecuali bagi orang yang telah diberi petunjuk oleh Allah, dan Allah tidak akan mempersiakan iman kamu. Sesungguhnya Allah terhadap manusia adalah Ar-Rauf (Yang amat berkasihan belas), lagi Ar-Rahim (Yang Maha Mengasihani). (Al-Baqarah : Ayat 143)
HIDANGAN RINGAN
Seorang pesakit jiwa dimasukkan ke hospital.
Doktor: Apa sakit?
Pesakit: Saya takutkan ayam.
Doktor: Apasal.
Pesakit: Saya jagung. Ayam mahu patuk saya.
Doktor: Masuk wad.
Setelah menjalani rawatan beberapa lama doktor memanggil pesakit.
Doktor: Amacam sekarang.
Pesakit: Saya sudah tahu saya bukan ayam. Saya manusia.
Doktor: Awak boleh keluar wad.
Pesakit: Tuan doktor saya masih ragu-ragu.
Doktor: Apa ragu.
Pesakit: Ayam tahu tak saya bukan jagung.
Doktor: Masuk wad semula.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment