Perang Siber dimulakan oleh kumpulan penyokong Anwar Ibrahim beserta kelahiran Gerakan Reformasi sejurus Anwar dipecat oleh Dr Mahathir. Dr Mahathir membina Koridor Multimedia dan koridor tersebut menjadi medan perang Gerakan Reformasi menyerangnya habis-habisan. Dua pangkat tertinggi diberikan oleh Gerakan Reformasi kepada Dr Mahathir ialah Maha-Firaun dan Maha-Zalim. Banyak kepincangan Dr Mahathir dan Kerajaan BN dimuatkan dalam laman-laman reformasi. Dr Mahathir dan Menteri-menteri BN rasuah. Dr Mahathir dan Menteri-menteri mengkayakan diri sendiri, anak-anak, keluarga dan kroni. Dr Mahathir mengamalkan ajaran sesat. Dr Mahathir menggunakan keris berdiri. Dr Mahathir menyediakan satu bilik khusus di rumahnya untuk sami-sami Hindu membaca mentera bagi melindungi Dr Mahathir. Dr Mahathir mengamalkan Islam liberal, buktinya Dr Mahathir mengkeritik Ishak Baharum, Mufti Selangor ketika itu, lantaran Mufti tersebut menegur gadis-gadis Melayu menyertai pertandingan Ratu Cantik. Dr Mahathir juga menghina ulama dengan mengatakan Harun Din menjual air jampi. Pemberontakan ulama: Hassan Ali, Harun Din, Taib Azimuddin, Ismail Kamus dan ramai lagi, menyertai PAS menunjukkan benar seperti apa yang dikatakan oleh Laman-laman Reformasi. Dr Mahathir mahukan negara sekular, mahu menjadikan Malaysia seperti Turki. Dr Mahathir adalah Kamal Ataturk Malaysia.
Fokus utama Laman-laman Reformasi ialah memperjuangkan keadilan untuk Anwar Ibrahim. Anwar dianiaya. Anwar mangsa konspirasi. Anwar didapati bersalah kerana rasuah sedangkan tidak ada melibatkan wang. Anwar rasuah kerana menyalahgunakan kuasa. Bukan Anwar sahaja, malah ramai Menteri yang menyalahgunakan kuasa, tetapi mereka tidak pernah didakwa. Ada Menetri yang melakukan rasuah melibatkan wang ringgit. Mereka juga tidak didakwa. Anwar yang hanya meminta bantuan polis menginsafkan beberapa orang telah dikenakan hukuman yang berat. Anwar menerima hukuman tersebut. Anwar rela masuk penjara daripada menerima sogokan Dr Mahathir agar bersara secara terhormat. Hanya orang yang tidak bersalah sahaja sanggup berkorban demikian.
Perjuangan Gerakan Reformasi berterusan. Musuh utama mereka ialah Dr Mahathir. Berbagai-bagai rupa Dr Mahathir direkacipta. Gambaran yang diciptakan melahirkan persepsi rakyat terhadap Dr Mahathir.
UMNO diharamkan. Terjadi rebutan pesaka di antara Dr Mahathir dengan Tg Ghazali yang disokong oleh Tunku Abdul Rahman. Dr Mahathir menang. Lahirlah anak UMNO yang sah dinamakan UMNO (Baru). Lahir juga anak UMNO yang tidak disahkan dinamakan Semangat 46. Usaha gigih pejuang reformasi dengan kerjasama S46 membawa Terengganu ke tangan PAS.
Gerakan Reformasi berjalan terus. UMNO khususnya dan BN amnya masih lena tidur. Kerajaan masih bergantung kepada surat khabar dan tv milik kerajaan dan orang kerajaan. Mereka tidak sedar media alternatif, iaitu internet lebih digemari daripada media massa arus perdana. Berita dan ulasan dalam laman-laman media alternatif lebih dipercayai. Apa juga yang kerajaan kata rakyat mahu mendengar ulasan media alternatif terlebih dahulu sebelum membuat keputusan. Pengaruh media alternatif sangat kuat sehingga popularity Dr mahathir menjunam dengan teruknya. Tindakan Dr Mahathir melepaskan jawatan dan menyerahkannya kepada Pak Lah merupakan tindakan yang betul dan tepat pada masanya. Jika Dr Mahathir masih lagi menerajui kerajaan dan BN mungkin keputusan PRU11 menyamai atau hampir menyamai PRU12. Jika Dr Mahathir menyerahkan kepimpinan kepada Najib pada waktu itu persepsi rakyat terhadap Najib sama dengan persepsi mereka terhadap Dr Mahathir. Ketika itu Najib tidak mampu menyelamatkan UMNO, BN dan kerajaan. Pak Lah merupakan imej terbaik memulihkan persepsi rakyat kepada UMNO, BN dan kerajaan. Tetapi Dr Mahathir lebih meyakini kewibawaan Najib berbanding Pak Lah dalam mengurus-tadbir negara dan parti. Jika kalah pilihanraya tidak ada apa yang hendak diurus dan ditadbir. Oleh itu Dr mahathir tidak ada pilihan melainkan memilih Pak Lah sebagai penggantinya. Pak Lah difahamkan dia adalah transit peralihan kuasa dari Dr Mahathir kepada Najib. Pak Lah hendaklah memberikan peluang kepada Najib memperlihatkan kemampuannya dan memulihkan imejnya agar peralihan kuasa dari Pak Lah kepada Najib berjalan dengan teratur.
Percaturan Dr Mahathir berbaloi. Mr Nice Clean Guy berjaya membawa UMNO dan BN memenangi PRU11 dengan cemerlang, gemilang dan terbilang. Pak Lah melihat rakyat sukakannya. Rakyat mahu dia menjadi PM dan mengurus negara. Orang-orang di sekeliling Pak Lah mengatakan demikian juga. Era Mahathir sudah berlalu. Kini era Pak Lah yang disenangi dan dikasihi rakyat jelata. UMNO dan BN terus dibuai mimpi tatkala Gerakan Reformasi dan pro pembangkang terus berjuang dan berdakwah melalui media alternatif tanpa penat-lelah tanpa berputus asa.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment