Thursday, August 6, 2009

PERCAYA TEGAR DAN TIDAK PERCAYA TEGAR

Orang yang percaya tegar kepada Anwar Ibrahim akan percaya apa sahaja yang Anwar katakan. Anwar kata akan mengambil alih Putrajaya pada 16 Sept, mereka percaya. Anwar ubah tarikh, mereka percaya. Anwar kata tarikh tak penting tetapi kemenangan mereka pasti, mereka juga percaya. Anwar kata dia tak perlu bersumpah, mereka percaya. Anwar kata sumpah Saiful bercanggah dengan ajaran Islam, mereka percaya. Anwar kata tak ada tusukan, mereka percaya. Anwar kata pihak Pendakwa gagal memberikan dokumen yang dia minta, sebab itu perbicaraan ditangguhkan, mereka percaya. Anwar kata Najib tidak pandai menguruskan kewangan negara, mereka percaya. Anwar kata PDRM dan SPRM adalah alat UMNO menjatuhkan kerajaan PR, mereka percaya. Anwar kata rasuah di kalangan pemimpin PR sengaja diadakan sementara rasuah orang BN sengaja ditutup, mereka percaya.
Orang yang tidak percaya tegar kepada Anwar Ibrahim, percaya projek 16 Sept adalah projek Jenin. Anwar ubah tarikh, mereka kata Anwar penipu. Anwar kata tarikh tak penting, mereka kata Anwar sudah hilang punca. Anwar kata dia tak perlu bersumpah, mereka kata Anwar takut kerana salah. Anwar kata sumpah Saiful bercanggah dengan ajaran Islam, mereka kata Anwar munafik. Anwar kata tak ada tusukan, mereka kata ada pelincir yang menghilangkan kesan tusukan. Anwar kata gagal dapat dokumen sebab itu tangguh, mereka kata Anwar sengaja menggunakan peruntukan undang-undang agar dia tidak cepat balik ke Sungai Buluh. Anwar kata Najib tak pandai uruskan kewangan negara, mereka kata Anwar sewaktu jadi Menteri Kewangan dahulu hampir-hampir melingkupkan negara, mujur diselamatkan oleh Dr Mahathir. Anwar kata PDRM dan SPRM alat BN menjatuhkan PR, mereka kata PR sendiri yang buat salah mengapa mahu disalahkan PDRM dan SPRM. Anwar kata rasuah BN sengaja ditutup, mereka kata sudah ramai orang BN didakwa kerana rasuah.
Orang yang percaya tegar kepada TG Nik Aziz dan TG Hadi akan percaya apa sahaja yang mereka kata. Hj Hadi kata pangkah UMNO jadi kafir sebab UMNO berkongsi dengan MCA dan MIC, mereka percaya. Hj Hadi dan Nik Aziz kata pangkah PAS terang dalam kubur, mereka percaya. Nik Aziz kata UMNO sesat, macam ajaran Ayah Pin, mereka percaya. Nik Aziz kata pergi jahanamlah UMNO, mereka bersorak bangga, Nik Aziz sudah bagi pukulan maut kepada UMNO. Nik Aziz kata Kerajaan Pusat mengabaikan Kerajaan Kelantan, mereka percaya. Nik Aziz kata Kelantan berhak dapat royalti minyak, mereka percaya. Nik Aziz kata berkawan dengan DAP lebih baik daripada berkawan dengan UMNO, mereka percaya. Nik Aziz kata Nizar pegang lilin hanya meragukan bukan haram, mereka percaya.
Orang yang tidak percaya tegar kepada TG Nik Aziz dan TG Hadi tidak percaya apa yang mereka kata. Hj Hadi kata pangkah UMNO jadi kafir, mereka kata orang yang mengkafirkan orang Islam yang lain itulah kafir. Hj Hadi dan Nik Aziz kata pangkah PAS terang dalam kubur, mereka tanya Hj Hadi dan Nik Aziz, bagaimana tempat yang tak ada PAS? Nik Aziz kata UMNO sesat macam Ayah Pin, mereka kata Nik Aziz ulama jahat yang memecah belahkan umat Islam. Nik Aziz kata pergi jahanamlah UMNO, mereka kata pergi mamposlah Nik aziz. Nik Aziz kata Kerajaan Pusat mengabaikan Kerajaan kelantan, mereka kata berbilion peruntukan diberikan kepada Kelantan ditambah lagi dengan pinjaman mudah. Nik Aziz kata Kelantan berhak dapat royalti, mereka kata kawasan minyak itu bukan lagi di bawah sempadan Kelantan. Nik Aziz kata berkawan dengan DAP lebih baik daripada berkawan dengan UMNO, mereka kata Nik Aziz agen kafir memecahbelahkan umat Islam. Nik Aziz kata Nizar pegang lilin meragukan bukan haram, mereka kata Nik Aziz menjual agama.

1 comment:

  1. Salam,

    selamat datang ke dunia blog! Saya percaya kehadiran tuan akan menyumbang kearah membuka minda - bagi mereka yang rela minda dibuka! Menarik artikel ini.

    salam.

    ReplyDelete