Wednesday, July 29, 2009

PERCAYA 2

Orang yang percaya kepada Anwar Ibrahim akan percaya kepada teori konspirasi. Orang yang percaya kepada TG Nik Aziz dan TG Hadi akan percaya pangkah Pas masuk syurga. Orang yang percaya kepada Lim Kit Siang akan percaya Malaysian-Malaysia adalah keadilan bagi semua rakyat Malaysia.
Orang yang percaya kepada PM Najib akan percaya 1Malaaysia, rakyat didahulukan dan perncapaian diutamakan merupakan agenda ikhlas Najib berkhidmat untuk rakyat dan negara.
Orang yang percaya memperkuatkan kepercayaannya dengan mencari bahan yang dia mahu percaya. Orang Islam membaca Quran dan buku-buku Islamik. Orang Hindu membaca Bhagawan Geeta. Orang Kristian membaca Bible. Dengan demikian kepercayaannya menjadi semakin kuat.
Bloggers menjadi pembekal bahan utama kepada orang yang mahu percaya. Orang yang percaya kepada Anwar, TG Nik Aziz, TG Hadi dan Lim Kit Siang menjadikan blog-blog pro pembangkang sebagai pusat hentian memperkuatkan kepercayaannya. Orang yang percaya kepada PM Najib menjadikan blog-blog anti pembangkang sebagai hentian memperkuatkan kepercayaannya. Masing-masing mencari apa yang dia mahu percaya. Betul atau salah maklumat tidak perlu diselidiki. Asalkan blogger itu ‘orang kita’ infonya kita mesti terima.

No comments:

Post a Comment