1: AKTA DARURAT (KELANTAN) 1977
PAS (termasuklah TG Nik Aziz) menerima kerjasama dengan Umno bagi menjamin kestabilan politik negara, mengekalkan ketuanan Melayu dan menyerapkan Islam dalam pemerintahan. PAS menyertai beberapa parti lain telah membentuk Kerajaan Campuran PAS-Perikatan pada 1973, kemudian sama-sama mengasaskan Barisan Nasional (BN) pada 1974. BN yang ada PAS di dalamnya mencapai kejayaan besar dalam pilihan raya 1974. Perkongsian kuasa di dalam BN menimbulkan pergolakan di kalangan pemimpin-pemimpin PAS. PAS (terutamanya TG Nik Aziz) menyalahkan UMNO pimpinan Dato’ Husin Onn. Bagi orang PAS (termasuklah TG Nik Aziz), UMNO yang sengaja melaga-lagakan pemimpin-pemimpin PAS sehingga mereka bersengketa sesama sendiri. Kerajaan di bawah pimpinan Dato’ Husin Onn mengistiharkan darurat di Kelantan. PAS menolak Akta Darurat tersebut. Lanjutannya pucuk pimpinan BN bersetuju mengeluarkan PAS dari BN. PAS kehilangan keanggotaannya dalam BN dan Pas juga kehilangan Kelantan. Kejadian tersebut memberi pukulan yang hebat kepada PAS (termasuklah TG Nik Aziz). Insiden tersebut menyebabkan PAS (terutamanya TG Nik Aziz) memutuskan UMNO adalah jahat, mengkhianati rakan sendiri. Bagi TG Nik Aziz, perpisahan dengan UMNO dan BN itu merupakan perceraian talak tiga. TG Nik Aziz tak akan izinkan PAS melakukan ‘Cina Buta’ untuk bersatu semula dengan UMNO-BN.
2: TRAGEDI MEMALI
Peristiwa Memali berlaku pada 19 November 1985. Insiden ini mengorbankan 18 orang dan berpuluh-puluh yang lain tercedera serta penahanan beratus-ratus orang ahli PAS. Kesemua yang ditahan telah dibebaskan kecuali 36 orang. Mereka ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Dalam pertempuran antara orang kampung dengan pihak polis, Ustaz Ibrahim Mahmud atau lebih dikenali dengan Ibrahim Libya telah terbunuh. Polis memanggil operasi ini sebagai 'Operasi Angkara/Operasi Hapus'. Peristiwa ini terjadi ketika Musa Hitam menjadi Timbalan Perdana Menteri Malaysia dan Menteri Keselamatan Dalam Negeri. Ketika itu Dr Mahathir Mohamad selaku Perdana Menteri Malaysia berada di China.
PAS (termasuklah TG Nik Aziz) menganggap peristiwa Memali itu sebagai pembunuhan yang dilakukan oleh kerajaan pimpinan UMNO terhadap orang kampung yang tidak berdosa. Apa juga alasan yang diberikan oleh Musa Hitam tidak relevan! Yang pasti ialah ketidak-percayaan dan kebencian PAS (terutamanya TG Nik Aziz) terhadap UMNO semakin bertambah. Jika Akta Darurat (Kelantan) 1977 menyebabkan TG Nik Aziz mengistiharkan talak tiga dengan UMNO, Peristiwa Memali membuat TG Nik Aziz ‘menghalalkan’ darah UMNO, malah bekerjasama dengan syaitan pun tak apa demi menghancurkan UMNO.
3: NIK ADLI NIK AZIZ DIKENAKAN ISA.
Nik Adli Nik Aziz, anak TG Nik Aziz Nik Mat ditahan lima tahun di Pusat Tahanan ISA di Kemunting, Perak sejak tahun 2001 mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Nik Adli ditahan menurut Seksyen 73(1) ISA di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan pada 4 Ogos 2001 kerana dipercayai mempunyai kaitan dengan pergerakan Kumpulan Militan Malaysia (KMM). Polis sejak 2001 melancarkan tiga fasa penangkapan anggota KMM apabila kumpulan itu didapati mempunyai kaitan dengan kumpulan militan Jemaah Islamiah (JI) di Singapura dan Indonesia, yang bermatlamat menjatuhkan kerajaan secara kekerasan atas nama jihad.
Selama berada dalam tahanan ISA, TG Nik Aziz hanya menemui anaknya itu sekali, tatkala beliau sakit akibat serangan jantung dan dimasukkan ke Hospital Universiti Sains (HUSM) Kubang Kerian pada Julai 2004. Nik Adli telah mendapat kebenaran khas daripada Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang juga Menteri Keselamatan Dalam Negeri untuk melawat bapanya di hospital berkenaan.
Selama lima tahun TG Nik Aziz ‘menyapu’ air mata ibu dan isteri Nik Adli. Lima tahun TG Nik Aziz memendam rasa menderita perpisahan dengan anak kesayangannya.
Komen TG Nik Aziz menyambut pembebasan anak keempatnya itu: "Dah puas pelihara baru hantar balik. Selagi hati saya berdarah saya tak akan ucap terima kasih." Beliau turut menyindir wartawan dengan berkata: "Semasa anak saya kena tangkap dahulu tidak ada seorangpun wartawan datang bertanya, tapi sekarang apabila balik baru datang cari."
Penahanan Nik Adli ‘mematikan’ hati TG Nik Aziz terhadap UMNO-BN. UMNO adalah jahat, pembunuh, parti ajaran sesat dan sebut apa sahaja yang buruk-buruk itulah UMNO dalam pandangan TG Nik Aziz. Apa formula PM Najib mahu memujuk TG Nik Aziz????
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment